Thursday, June 25, 2009

(MY001) Tevez timbang 3 tawaran



BUENOS AIRES: Carlos Tevez yang menolak tawaran untuk kekal di Manchester United, sedang menimbang tawaran daripada tiga kelab, iaitu Manchester City, Chelsea dan satu lagi yang enggan dinyatakan penasihatnya.

“Pada masa ini kami sedang menimbang tawaran daripada City, Chelsea dan satu lagi pasukan,” kata penasihat beliau, Kia Joorabchian, dalam satu temubual bersama Radio Del Plata.

Joorabchian berkata, keputusan akan dibuat dalam tempoh 10 hari akan datang selepas perbincangan dengan Tevez dan ejen beliau, Adrian Ruocco.



tevez such a best player MU hav...luv to see him play..but sad he is not in MU squad next season..

No comments:

Post a Comment