Sunday, August 16, 2009

(MY109) Nogold Mart : Penghargaan NG kepada Forumer


Nogold.com bukan sesuatu yang baru. Forum ini telah subur seawal 2005.Disini anda bebas membuat pilihan untuk menjadi silent reader mahupun aktif berforum.Selain itu di nogold.com anda dihargai. Segala catatan mahupun komen-komen anda di nogold.com boleh memberikan anda membawa pulangan berbentuk barangan. Anda tidak percaya? Saya akan membuktikan ini bukan suatu omongan kosong sebaliknya adalah benar.


Di nogold.com setiap komentar dan catatan yang anda luahkan akan berikan NG$. Apa itu NG$? Ia adalah berfungsi seperti RM tetapi hanya boleh digunakan dan diterima di nogold.com. Berbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan NG$ antaranya dengan membuat blog dan hantarkan ke Nogold.com : Blog Review untuk mendapatkan NG$. Didalam entry ini akan diceritakan bagaimana cara untuk mendapat NG$ dengan mudah.

Dengan memperkenalkan NG$ maka selepas itu nogold.com memperkenalkan pula "Nogold Mart : Daily, Weekly & Monthly bid". Nogold Mart diwujudkan sebagai penghargaan kepada forumer yang setia dan aktif melontarkan komentar mereka di ruang-ruang forum nogold.com. Kepada silent reader, ini satu kerugian. Di Nogold Mart, diadakan ruangan membida barang-barang yang ditawarkan oleh pemilik nogold.com. Barangan yang ditawarkan adalah mengikut kekerapan seperti barangan yang ditawarkan secara harian, mingguan dan bulanan.

Bidaan harian dijalankan dari hari isnin sehingga hari jumaat. Barangan dalam pelbagai bentuk ditawarkan untuk dibida selama 12 jam. Berkemungkinan ditawarkan pada jam 10.00 pagi dan ditutup untuk bidaan 12 jam kemudiannya. Pembida dengan nilai tertinggi dan Kuasa Membida (Bidding Power) yang tinggi di penutup bidaan mempunyai peluang cerah untuk memenangi barangan yang ditawarkan. Antara keputusan pemenang bidaan harian boleh dirujuk di Keputusan Bidaan Harian : Minggu 1 3/8/09-7/8/09

Bidaan mingguan dijalankan dari hari isnin sehingga hari jumaat. Barangan dalam pelbagai bentuk ditawarkan untuk jangka tempoh 5 hari bermula hari isnin sehingga jumaat. Berkemungkinan ditawarkan pada hari isnin dan ditutup untuk bidaan pada hari jumaat pada jam 12.00pm. Sekali lagi, pembida dengan nilai tertinggi dan Kuasa Membida (Bidding Power) yang tinggi di penutup bidaan mempunyai peluang cerah untuk memenangi barangan yang ditawarkan.Antara barangan yang ditawarkan untuk bidaan mingguan ialah Sony Ericsson K770i + 2G Memory , Sony 12.1 Mega Pixel W Series 3x Optical Zoom Cyber-shot

Bidaan bulanan dijalankan dari hari awal bulan sehingga hujung bulan. Barangan dalam pelbagai bentuk ditawarkan untuk jangka tempoh sebulan. Barangan yang ditawarkan untuk bidaan bulanan adalah lebih tinggi nilainya dari barangan bidaan harian dan mingguan. Sekali lagi, pembida dengan nilai tertinggi dan Kuasa Membida (Bidding Power) yang tinggi di penutup bidaan mempunyai peluang cerah untuk memenangi barangan yang ditawarkan. Tawaran untuk bulan ogos yang masih dibuka di bida ialah Laptop Dell Inspiron 13 bidaan bulan ogos akan ditutup pada 31.08.2009

Kita kembali kepada bagaimana cara untuk mendapatkan NG$. Sila lihat di bawah:

a. Kredit Permulaan (100) - mula-mula daftar dan masuk ke group
b. Kredit Referral (100) - masa register, kalau guna nama referral maka dapat bonus
c. Referral Bonus (5)- ini kalau kita refer new member
d. Kredit Activiti (20)- menjadi aktif, tidak idle
e. Kredit Hari Lahir (100)
f. Kredit Memberi Reputasi (0.5)- sekiranya memberikan reputasi kepada orang lain
g. Kredit Menerima Reputasi (2)- sekiranya menerima reputasi dari orang lain
h. Menerima Infraction (-10)
i. Buka Thread Baru (10)
j. Thread di beri 'rate' (1)
k. Membuat post di thread orang lain (5)
l. Membuat post di thread sendiri (3)
m. Kredit setiap perkataan melebih 100 (0.5)
n. Kredit apabila thread di lawat oleh ahli lain (0.05)
o. Thread menerima balasan (2)
p. Profile di lawati (0.05)
q. Membuat poll (5)
r. Poll di undi (1)
s. Ada attachment (3)
t. Hantar PM (-2)
u. Letak event dalam kalendar (3)
v. Ada profail gambar (3)

Format-format bagaimana untuk membida :

last bid: NG$XXXXX
my bid: NG$XXXXX

-----------------------------------------

Selepas menang bidaan pembida harus membayar dengan menggunakan NG$ yang dimiliki. Sekiranya jumlah bidaan yang dibuat melebihi NG$ yang dimiliki maka penalti akan dikenakan iaitu NG$ yang dimiliki akan ditolak 10%. Sekiranya bidaan yang dimenangi tidak dibuat pembayaran dalam tempoh yang diberi, barangan berkenaan akan di buka untuk bidaan
semula dan NG$ pemenang yang tidak membuat pembayaran akan ditolak 10%. Sekiran pembayaran telah dibuat maka lampiran hendaklah di letakkan di tempat yang berkenaan. Format bukti pembayaran.

Barangan yang dimenangi akan di pos atau diserahkan kepada pemenang semasa NG Tour diadakan. Tempat dan tarikh penyerahan akan di nyatakan di forum. Boleh lihat dibawah majlis penyerahan barangan bidaan kepada pemenang.





jadi kenapa anda hanya melihat. sertai kami dengan mendaftar sekarang dan bersama-sama merebut barangan yang diatawarkan.Nogold.com

3 comments:

  1. juicer tu bawak la opis sebelum posa hehe

    ReplyDelete
  2. yang lam gambar tu termospot..
    hahaha

    ReplyDelete
  3. Sila lawati blog saya dan komen dari anda amatlah dihargai

    ReplyDelete